Mengenai PKPI
Pusat Kursus Pra-Perkahwinan
Pusat Keusahawanan & Pembangunan Insan (PKPI) merupakan sebuah pusat seminar keusahawanan yang mula beroperasi pada 9 September 1999 dan mendapat kerjasama penuh daripada Bahagian Latihan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi.
Kini PKPI tertumpu kepada kursus kekeluargaan dan memfokuskan usaha kepada kursus perkahwinan islam. PKPI telah dianugerahkan sebagai pusat
kursus perkahwinan terbaik peringkat negeri wilayah persekutuan tahun 2012, anjuran jabatan agama islam wilayah persekutuan (JAWI) dan juga
menjadi naib johan semasa mewakili wilayah persekutuan dalam pertandingan Anugerah Pusat Kursus Pra Perkahwinan Islam peringkat kebangsaan
2012 kategori swasta yang dianjurkan oleh jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM).
VISI & MISI
Antara Visi dan juga misi PKPI adalah untuk menjadi pusat Kursus pra-perkahwinan yang terunggul di Malaysia dan juga ingin melahirkan institusi
keluarga yang beriman dan juga bertaqwa melalui bimbingan yang berkesan mengikut syariat islam sekaligus mengurangkan kadar penceraian.
PKPI menggunakan modul bersepadu kursus pra-perkahwinan islam (MBKPI) JAKIM untuk diajar kepada para peserta kursus yang menghadiri kursus
perkahwinan di sini. Modul ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu asas-asas pembinaan insan, pengurusan keluarga dan juga pengurusan masalah
keluarga. Tenaga pengajar yang mengendalikan kursus ini terdiri daripada tenaga pengajar yang bertauliah dari JAKIM, JAWI dan juga Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS). PKPI juga ada mengundang penceramah luar seperti Ustaz Azhar Tuarno, Imam Masjid Negara dan juga Dr Ismail Tambi, Pakar
sakit tuan, yang pernah diundang sedikit masa dahulu. Peserta turut menerima bimbingan daripada tenaga pengajar tentang cara melengkapkan borang
permohonan kebenaran berkahwin.
KELEBIHAN BERKURSUS DI PKPI
Terdapat banyak kelebihan yang bakal dinikmati oleh para peserta yang mengambil kursus pra-perkahwinan di sini antaranya adalah, PKPI menawarkan
kemudahan dengan mengadakan juga kursus pada hari Rabu dan Khamis di samping turut mengadakan kursus pada setiap hujung minggu iaitu pada hari
Sabtu dan Ahad. Selain itu pusat kursus kahwin ini terletak di tempat yang strategic iaitu di tengah-tengah pusat bandar ibu kota. Ia juga
menyediakan ruangan tempat kursus yang luas dan selesa dan berhawa dingin. Sijil pula diterima oleh para peserta yang dikeluarkan oleh JAWI
juga di iktiraf di seluruh negara. Jika sijil yang telah dikeluarkan hilang, peserta boleh mendapatkannya kembali dengan memaklumkan kepada PKPI
dan pihak PKPI akan menyemak dan membuat pengesahan mengenai kehadiran peserta pada kursus tersebut.
Bagi yang berminat untuk menyertai kursus pra-perkahwinan yang diadakan di PKPI bolehlah hadir terus ke pejabat PKPI di Lot 3.21 Tingkat 2, Medan
MARA, Kuala Lumpur ataupun membuat tempahan melalui talian atau Whatsapp dengan menyatakan nama penuh, Tarikh kursus yang dipilih kepada Encik
Mahmood di nombor 019 6433355 atau pejabat 03-26984489. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM120.00 seorang. Bayaran ini termasuk dengan sijil
penyertaan, buku Gerbang Perkahwinan - Edisi JAKIM dan juga minuman, sarapan serta makan tengahari, untuk kedua-dua hari kursus tersebut.
Keterangan lanjut mengenai kursus pra-perkahwinan di pkpi ini bolehlah mengunjungi laman sesawang
https://kursuskahwinkl.com.my, juga di media sosial:
Follow us: Kursus Kahwin - Facebook
Follow us: Kursus Kahwin - Instagram
Follow us: Kursus Kahwin - Business Site
Follow us: Kursus Kahwin - Twitter
Follow us: Kursus Kahwin - Wordpress
Selain itu anda juga boleh menggunakan applikasi “whatsapp” di talian 013 7739355 bagi mengajukan terus sebarang soalan.
Tags:
Lot 3.21, Tingkat 2, Medan MARA
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur W. P.
Tel: 03 2698 4489
Wsp: 013 773 9355
Email: inquiry.pkpi@gmail.com
Powered By: BuyeyNet
| | | | | |